Apabila perigi cari timba?? ape maksud perigi cari timba??
Ada bnyak konsep yew.. sama ada perempuan tuh mengajak lelaki itu berkahwin
Ataupun seorang perempuan yang berani meluahkan perasaan cinta pada lelaki tersebut
selalunya istilah yang diberikan adalah perigi cari timba.. tapi pada zaman moden sekarang ini masihkah releven??
Ape kebaikan dan keburukan situasi ini??
dalam islam sendiri pun tidak melarang lamaran dari seorang perempuan
tetapi risiko yang perlu kite hadapi tuh yang kite nak bincangkan pagi ini..
ASAS
Kalau bercakap pasal ini, kita akan
segera mengambil contoh Saidatina Khadijah r.anha – yang melamar
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam – untuk dijadikan suaminya.
Tetapi umum mengetahui, Saidatina
Khadijah menggunakan perantaraan, dan tidaklah meluahkan hasrat hatinya
sendiri, terus terang kepada Rasulullah.
Ada kisah yang lain di mana seorang wanita melamar ‘direct’ kepada Rasulullah.
Ia diceritakan oleh Anas r.anhu –
dalam hadith riwayat Imam Bukhari – ketika Anas berada bersama
Rasulullah s.a.w, dan anak perempuan Anas juga ada bersama mereka,
datang seorang wanita kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
lantas bertanya :
” Wahai Rasulullah, adakah engkau mahukan aku ( sebagai isterimu )”.
Anak perempuan Anas lantas memberi
komentar kepada ayahnya : ” Bagaimana dengan wanita ini, tidakkah dia
malu melamar begitu kepada Rasulullah. Tidakkah dia punya harga diri.”
Lalu Anas r.anhu berkata : ” Dia
lebih baik daripada engkau. Dia cintakan Rasulullah, lantas menawarkan
dirinya untuk Rasulullah.”
Imam Al Bukhari meletakkan hadith ini di bawah bab ” Wanita menawarkan diri kepada lelaki yang soleh.”
Kata Syaikh Badruddin Mahmud Al-Aini :
Kata-kata Anas r.anhu kepada anak perempuannya, menunjukkan bahawa harus seorang wanita menawarkan diri untuk dinikahi oleh seorang lelaki yang soleh, dan diketahui bahawa wanita itu melamarnya kerana kesolehan dirinya, atau kerana kemuliaan dirinya, atau kerana nilai-nilai beragama yang wujud pada dirinya, dan itu tidaklah mencacatkan maruah wanita tersebut bahkan menunjukkan kepada ketinggian jiwa wanita tersebut.( Umdatul Qari ala Syarh Al Bukhari )
Para ulamak juga menyebut bahawa
tidak menjadi suatu yang salah pun di sisi syarak, untuk seorang wanita
memulakan dahulu lamaran kepada seorang lelaki. Sebagaimana harusnya
seorang lelaki memulakan lamaran kepada seorang wanita.
Tetapi risiko dan dugaan yang perlu kite hadapi??
Antara lain, wanita yang melamar juga berdepan dugaan apabila lelaki
yang dilamar merasakan mereka sangat ‘mahal’ pula. Dia juga cenderung
untuk ‘memandang rendah’ kepada wanita yang telah melamarnya itu sambil
memandang tinggi kepada wanita yang tidak melamarnya. Iyalah, terasa
seperti ramai pula wanita yang tertarik dengan dirinya serta alangkah
tinggi ‘sahamnya’ di mata wanita. Walaupun sikap buruk sebegini wujud
pada lelaki, tetapi tamparan hebatnya adalah pada wanita.
Mereka berdepan risiko yang cukup besar untuk menemui ‘lelaki soleh’
yang akan benar-benar menghargai lamarannya atau hasrat murni di
hatinya.
Sesetengah lelaki, akan merasa ‘lekeh sangat’ kalau mengambil wanita
yang mahukan dia sebagai isteri. Mereka sebaliknya akan rasa hebat kalau
mengambil wanita yang mereka mahu sebagai isteri. Besar bezanya bagi
mereka, antara wanita yang mahukan mereka, atau mereka yang mahukan
wanita tersebut. Kalau diterima, akan terasa seperti murah sangat pula.
Tambah-tambah lagi kalau wanita itu bukan dalam kategori ‘ada rupa’.
Kalau ada rupa, biasanya tak jadi masalah besar.
Buat wanita yang benar-benar ikhlas pula, itulah ujiannya. Itulah dugaannya.
Saranan
Tak salah kite mencuba.. tapi perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan.. atau pilihan lain yang kita ada adalah..
Jika berkenan dengan lelaki yang
soleh serta mahu menawarkan diri kepadanya, gunalah ORANG TENGAH. Guna
perantaraan ( bukan jin ) saya kira adalah alternatif yang paling baik.
Ramai juga para ulamak yang menyarankan sedemikian.
Orang tengah itu, mungkin keluarga, mungkin sahabat baik, mungkin asatizah yang kita kenal dan sebagainya. :)
Nota Kaki...
Sepatutnya tiada lagi istilah perigi cari timba sebab lelaki zaman sekarang nih.....