Sabtu, 16 Ogos 2014

pEriGi cARi TimBe??????

Apabila perigi cari timba?? ape maksud perigi cari timba??
Ada bnyak konsep yew.. sama ada perempuan tuh mengajak lelaki itu berkahwin
Ataupun  seorang perempuan yang berani meluahkan perasaan cinta pada lelaki tersebut
selalunya istilah yang diberikan adalah  perigi cari timba.. tapi pada zaman moden sekarang ini masihkah releven?? 
Ape kebaikan dan keburukan situasi ini??
dalam islam sendiri pun tidak melarang lamaran dari seorang perempuan 
tetapi risiko yang perlu kite hadapi tuh yang kite nak bincangkan pagi ini..

ASAS

Kalau bercakap pasal ini, kita akan segera mengambil contoh Saidatina Khadijah r.anha – yang melamar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam – untuk dijadikan suaminya.
Tetapi umum mengetahui, Saidatina Khadijah menggunakan perantaraan, dan tidaklah meluahkan hasrat hatinya sendiri, terus terang kepada Rasulullah.
Ada kisah yang lain di mana seorang wanita melamar ‘direct’ kepada  Rasulullah.
Ia diceritakan oleh Anas r.anhu – dalam hadith riwayat Imam Bukhari – ketika Anas berada bersama Rasulullah s.a.w, dan anak perempuan Anas juga ada bersama mereka, datang seorang wanita kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam lantas bertanya :
” Wahai Rasulullah, adakah engkau mahukan aku ( sebagai isterimu )”.
Anak perempuan Anas lantas memberi komentar kepada ayahnya : ” Bagaimana dengan wanita ini, tidakkah dia malu melamar begitu kepada Rasulullah. Tidakkah dia punya harga diri.”
Lalu Anas r.anhu berkata : ” Dia lebih baik daripada engkau. Dia cintakan Rasulullah, lantas menawarkan dirinya untuk Rasulullah.”
Imam Al Bukhari meletakkan hadith ini di bawah bab ” Wanita menawarkan diri kepada lelaki yang soleh.”
Kata Syaikh Badruddin Mahmud Al-Aini :
Kata-kata Anas r.anhu kepada anak perempuannya, menunjukkan bahawa harus seorang wanita menawarkan diri untuk dinikahi oleh seorang lelaki yang soleh, dan diketahui bahawa wanita itu melamarnya kerana kesolehan dirinya, atau kerana kemuliaan dirinya, atau kerana nilai-nilai beragama yang wujud pada dirinya, dan itu tidaklah mencacatkan maruah wanita tersebut bahkan menunjukkan kepada ketinggian jiwa wanita tersebut.
( Umdatul Qari ala Syarh Al Bukhari )
Para ulamak juga menyebut bahawa tidak menjadi suatu yang salah pun di sisi syarak, untuk seorang wanita memulakan dahulu lamaran kepada seorang lelaki. Sebagaimana harusnya seorang lelaki memulakan lamaran kepada seorang wanita.

Tetapi risiko  dan dugaan yang perlu kite hadapi??

Antara lain, wanita yang melamar juga berdepan dugaan apabila lelaki yang dilamar merasakan mereka sangat ‘mahal’ pula. Dia juga cenderung untuk ‘memandang rendah’ kepada wanita yang telah melamarnya itu sambil memandang tinggi kepada wanita yang tidak melamarnya. Iyalah, terasa seperti ramai pula wanita yang tertarik dengan dirinya serta alangkah tinggi ‘sahamnya’ di mata wanita. Walaupun sikap buruk sebegini wujud pada lelaki, tetapi tamparan hebatnya adalah pada wanita.
Mereka berdepan risiko yang cukup besar untuk menemui ‘lelaki soleh’ yang akan benar-benar menghargai lamarannya atau hasrat murni di hatinya.
Sesetengah lelaki, akan merasa ‘lekeh sangat’ kalau mengambil wanita yang mahukan dia sebagai isteri. Mereka sebaliknya akan rasa hebat kalau mengambil wanita yang mereka mahu sebagai isteri. Besar bezanya bagi mereka, antara wanita yang mahukan mereka, atau mereka yang mahukan wanita tersebut. Kalau diterima, akan terasa seperti murah sangat pula. Tambah-tambah lagi kalau wanita itu bukan dalam kategori ‘ada rupa’. Kalau ada rupa, biasanya tak jadi masalah besar.
Buat wanita yang benar-benar ikhlas pula, itulah ujiannya. Itulah dugaannya.

Saranan

Tak salah kite mencuba.. tapi perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan.. atau pilihan lain yang kita ada adalah.. 
Jika berkenan dengan lelaki yang soleh serta mahu menawarkan diri kepadanya, gunalah ORANG TENGAH. Guna perantaraan ( bukan jin ) saya kira adalah alternatif yang paling baik. Ramai juga para ulamak yang menyarankan sedemikian.
Orang tengah itu, mungkin keluarga, mungkin sahabat baik, mungkin asatizah yang kita kenal dan sebagainya. :)

Nota Kaki... 
Sepatutnya tiada lagi istilah perigi cari timba sebab lelaki zaman sekarang nih.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan